IKLAN

Wednesday, 29 June 2011

Info Kesihatan : Hyperhidrosis

Hyperhidrosis??Pernah dengar tak??Kalau tak pernah...sama le kite..hehe
Terbaca 1 artikel pasal penyakit ni di sebuah majalah.Meh baca :









Definisi hyperhidrosis :
-merujuk kepada keadaan fisiologikal berlaku nya perpeluhan yang melampau atau tidak dijangka.
-ia penyakit yang boleh diwarisi.

Fungsi peluh :
-memberikan rasa sejuk pada tubuh
-melindungi nya daripada terlalu panas.
-setitis peluh yang bersaiz kacang pea itu boleh menyejukkan kira2 1 liter darah bersuhu 1darjah Fahrenheit.













Kelenjar peluh :
Eccrine  ;
-terdapat di sebilangan besar bahagian kaki,tapak tangan,dahi,pipi dan ketiak.
-mengeluarkan cecair cerah dan kurang berbau.
-cecair membantu tubuh mengawal suhu nya dengan meningkatkan kehilangan kepanasan melalui penyejatan

Apocrine
-terdapat di sekitar ketiak dan kemaluan.
-mengeluarkan cecair tebal yang apabila bersentuh dengan bakteria dipermukaan kulit akan menghasilkan bau yang kuat.

Kedua2 kelenjar peluh ini dikatifkan oleh saraf.Saraf ini bertindak pada pelbagai rangsangan :
-mesej daripada otak menandakan tubuh terlalu panas
-hormon
-emosi
-senaman dan sebarang aktiviti fizikal

Bagi pesakit hyperhidrosis,sebarang rangsangan atau aktiviti akan mengakibatkan penghasilan lebih peluh daripada yang sepatutnya.Peluh yang berlebihan pada tangan atau ketiak ia dipanggil focal hyperhidrosis.
Hyperhidrosis juga boleh tercetus melalui air liur,ia berlaku apabila kita memberi reaksi pada makanan yang pedas.Ia dipanggil gustatory hyperhidrosis.

Jika sesiapa mengalami masalah peluh berlebihan seperti ini,cepat2 berjumpa doktor pakar untuk meminta nasihat perubatan tentang cara rawatan.

[Sumber majalah Mingguan Wanita]

********

No comments:

Post a Comment