IKLAN

Wednesday, 8 June 2011

Isteri Suka Berleter??


Cakap pasal berleter ni memang akan dikaitkan dengan kaum isteri yang fitrah nya memang suka bercakap.tapi isteri bukan sahaja2 suka berleter kan?Pasti si suami telah membuat perkara yang menjengkelkan hati si isteri tu.Dan kaum suami pula memang tak suka dileteri walaupun kadang2 tu memang salah dorang pun...hehe..ni mesti kaum suami tak puas hati kan..
ok2..sebelum kaum suami marah2 dulu baik baca cerita pasal Saidina Omar al-khattab ni pasal isteri yang berleter.

***
Pada suatu hari,seorang lelaki telah berkunjung ke rumah Saidina Umar.Tujuan nya untuk membuat aduan mengenai isteri nya yang sering saja berleter tak kira siang malam.Baru saja lelaki tersebut menjejak di halaman rumah saidina Umar sudah terdengar suara isteri Saidina Umar sedang meleter.Maka,tak jadilah niat lelaki tadi nak mengadu..yelah nak mengadu  Saidina Umar pun ada masalah yang sama..hehe

Tapi,baru saja lelaki nak berpatah balik,Saidina Umar membuka pintu dan menyapa lelaki tersebut.Setelah ditanyakan tujuan kedatangan nya,lelaki itu menceritakan semuanya dan kemudian berkata,"aku rasa bagaimanakah dapat kau menyelesaikan masalah aku sedangkan kau juga menghadapi masalah yang sama?"

Saidina Umar tersenyum mendengar kata2 sahabat nya itu kemudian berkata,"aku tidak pernah rasa tindakan isteriku itu sebagai tidak menghormatiku atau berlaku biadap padaku.Aku rela mendengar leteran nya.Apa lah nak dibandingkan dengan semua yang telah dia buat untukku.Dia menyediakan makan minumku,pakai ku,melayan ku dan melahirkan anak untuk ku..biarkan lah dia meluahkan perasaannya dengan cara tersebut kerana aku tahu,dia tak memaksudkan setiap perkataan nya itu..."

Setelah mendengar kata2 saidina Umar itu,terbit rasa kagum di hati lelaki itu lantas dia pulang ke rumah dengan hati yang tenang.

****
Jadi,harap dapat la kaum suami menghayati cerita tadi,seorang sahabat Nabi dapat menerima kelemahan isterinya dengan hati terbuka.Kami ni sebagai isteri..bukan apa suka leter..sebenarnya nak meluahkan perasaan jer,kami tak suka simpan dalam hati hehe...Nanti tak pasal2 jadi tekanan.

No comments:

Post a Comment