Blog ini tiada unsur2 serius.Blog ini cuma blog santai2.Blog ini tiada sisipan peribadi.Blog ini blog saya.
IKLAN
Monday, 25 July 2011
ADAB DAN ETIKA BERDOA
Kalau kita hendak doa kita dimakbulkan oleh Allah,kita ni hendaklah menjaga adab2 dalam berdoa.Antara adab2 kita kena jaga :
1. Menjaga sumber rezeki seperti makanan dan minuman,pakaian dan segala nya hendaklah halalan toyyiban.
2. Sentiasa dalam keadaan suci seperti berwudhu'.
3.Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
4. Halakan wajah kita ke arah kiblat dan mengangkat kedua tangan untuk memohon doa.
5. Berdoalah dengan bersungguh2 serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Nya dan memohon keampunan dari Nya.
6. Bersikap rendah hati,tulus ikhlas, rendahkan suara serta penuh dgn rasa takut,rindu dan cinta terhadap Allah SWT.
7. Janganlah memohon doa perkara yg tidak munasabah dan tidak elok seperti memohon kecelakaan ke atas orang lain.Doa lah perkara yg baik2 seperti doa Nabi Muhammad : 'Ya Allah! Ya tuhan kami!Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api Neraka.'
8. Berdoalah dalam keadaan yang tenang dan nada yang rendah.Ulangilah doa tersebut selalu.
9. Pilih waktu dan tempat yang mudah dimakbulkan seperti :
-satu pertiga malam
-malam Lailatulqadar
-hari Arafah ( 9 Zulhijjah)
-Bulan Ramadhan
-Hari dan malam Jumaat
-antara azan dan iqamat
-sewaktu bersujud dalam sembahyang
-setiap waktu selesai sembahyang fardhu
-ketika bermusafir
-ketika hujan turun
-sewaktu minum air zam2
-selepas membaca al-Quran
-ketika menentang musuh dalam peperangan
-di tempat2 mulia sprt Masjidilharam,Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa
10. Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa,keluarga,saudara seislam dan bagi mereka masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
11.Meminta orang alim atau mulia kedudukan dalam agama untuk mendoakan kesejahteraan anda.
12. Doakan orang yang dizalimi dan dianiaya.
13. Banyakkan doa ketika susah atau pun senang.
14. Akhiri doa dengan mengaminkan.
[Petikan dari majalah Mingguan Wanita]
Munirah Sedek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment