IKLAN

Monday, 4 July 2011

Kisah Lagu 'Pembunuh' : Gloomy Sunday.

Lagu Gloomy Sunday ditulis di negara Hungary tahun 1933 oleh komposer Reszo Seress.
Pada asalnya lirik yang ditulis berkisarkan perang dan doa buat tuhan.Kemudian di tukar liriknya yang diambil dari sebuah puisi yang di tulis oleh Laszlo Javor,yang jalan ceritanya mengenai kisah cinta yang tidak kesampaian dan membunuh diri sebagai jalan terakhir,dengan harapan untuk berjumpa di dalam kehidupan selepas kematian.

Tidak lama selepas lagu ini diterbitkan dan diperdengarkan kepada umum, ia dikatakan telah menyebabkan berlakunya beberapa siri bunuh diri di Hungary.Mereka di katakan membunuh diri selepas mendengar 'phonograph record' lagu ini.Malah ada di antara mangsa dikatakan meninggalkan nota yang hanya bertulis 'Gloomy Sunday' sebelum membunuh diri.

Lebih menakutkan lagi,akhirnya si komposer lagu'Gloomy Sunday' iaitu Reszo Seress
membunuh diri nya pada 11 January 1968,beberapa hari selepas hari jadi nya yang ke 69 tahun.Dia membunuh diri dengan terjun melalui tingkap apartmentnya,tapi tidak berjaya.Kemudian dia dihantar ke hospital dan akhirnya di situlah dia menamatkan ajal nya dengan cara menjerut lehernya dengar wayar hingga mati.

Sebelum kematian nya, Raszo Seress dikatakan mengalami kemurungan diakibatkan oleh pelbagai sebab seperti kematian ibu nya ketika Perang Dunia ke II dan juga kerana pengharaman lagu 'Glommy Sunday' oleh negara Hungry yang sedar dengan risiko kesan psikologi lagu tersebut kepada sesiapa yang mendengarnya.

Gloomy Sunday pada Era Moden

Dalam era moden ini,lagu 'Gloomy Sunday' telah di nyanyikan semula oleh beberapa penyanyi seperti Sinead O'Connor,Billie Holiday,Bjork dan Diamanda Galas.Di antara versi2 moden ini, versi yang di nyanyikan oleh Diamanda Galas dikatakan  antara yang paling dekat persamaan dan spiritnya dengan lagu asal.Tapi ,setakat ini masih tiada lagi kes bunuh diri di laporkan akibat lagu versi Diamanda Galas ini.

Pada tahun 1999,sebuah filem bertajuk Gloomy Sunday versi Jerman iaitu Ein Lied von Liebe und Tod (A song of Love and Death) telah di buat.Filem ini adalah hasil kerjasama antara negara Jerman dan Hungary.

*******
[Sumber petikan Majalah Apo dan Wiki]

dah baca,sila klik tq :)













3 comments:

  1. sumber petikan dari apo?leh caye ke nie?hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..dah check kat wikipedia n google gak :P

    ReplyDelete
  3. Menarik! Ni fakta tambahan yang aku jumpa di alam blogger, ehe. Aku sememangnya berminat untuk tahu lanjut pasal Gloomy Sunday ni. Pernah juga dengar versi asal di YouTube. Bahasa Hungary jadi xfaham sangat. Mungkin lepas ni nak dengar versi Diamanda, ehe. Lagu begini perlu didengar bila minda / psikologi benar2 'aman' dan neutral, ahaks! XD

    Jemput Baca: MENANTI NUFFNANG ISLAMIK

    ReplyDelete