Sebagai pengguna,kita ni bukan saja ada hak untuk mendapatkan barang2 dan perkhidmatan yang berkualiti,hak untuk bersuara jika barang yang/perkhidmatan yang diberi tidak berkualiti tapi juga kita mempunyai tanggungjawab sebagai pengguna.Ada beberapa tanggungjawab sebagai pengguna yang perlu kita ketahui seperti :
Kesedaran untuk mengkritik
korang sebagai pengguna ada tanggungjwb untuk gunakan hak sebagai pengguna untuk mengkritik jika terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap hak2 pengguna.Jangan biarkan hak2 kita sebagai pengguna dipijak sesuka hati.
Penglibatan dan tindakan
sebagai pengguna kita juga kena terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya hak2 kita sebagai pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab sosial
kita sebagai pengguna juga mesti bertindak dengan rasa tanggungjwab dan kesedaran terhadap masyarakat sekeliling kita ni supaya apa saja perkara yang kita lakukan tidak menimbulkan kesulitan kepada pihak lain.
Bersatu padu
kita juga harus bersatu padu sebagai pengguna dan bekerjasama dalam apa saja tindakan supaya kepentingan sebagai pengguna tidak digugat.
[sumber majalah Mingguan Wanita]
Munirah Sedek
No comments:
Post a Comment