IKLAN

Tuesday, 26 July 2011

TIP2 SHOPPING TIKA JUALAN MURAH



Minggu depan,Ramadhan akan menjelang tiba.Pastilah masa tu banyak giler jualan murah sampai naik berpinau mata menengoknya kan.haha..Maklum lah Raya nak menjelang tiba..tudung2,baju kurung siap,baju melayu etc semuanya jualan murah sampai rambanglah mata menengok nya.Kalau takut2 terlebih budget,boleh la ikut tip2 ni ketika shopping :

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Sebagai contoh; barang yang korang berkenan tu ada kat jualan murah di sebuah pasaraya yang letaknya jauh gile dari rumah.Kalau nak pegi sana tu nak kena guna perbelanjaan yang banyak pulak etc petrol lah,tol lah,nak bayar parking keta pulak.Kalau dah camni,rasanya masih berbaloi tak nak dapatkan barangan tersebut?

Bandingkan harga
Sebelum nak beli barang yang ditawarkan harga murah tu,buatla perbandingan harga dulu di kedai2 lainTidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun.

Cari maklumat
Korang boleh juga tengok senarai2 barang yang ada di jual secara online di laman web pasar raya tertentu.Mana tau harga nya lebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaraya.

Pertimbangkan tawaran yang diberi
Selalu nya dalam jualan murah mesti ada yang dalam kategori 'buy 1 get 1 free' atau 'free gift with purchase',korang belek dulula barang yang dikatakan free itu,mana tau korang tak perlukan pun barang tu apatah lagi lagi kalau barang percuma tu menjadikan harga barang yang korang suka tu lebih mahal.Ada baiknya korang beli barang yang lebih diperlukan.

[Sumber majalah mingguan Wanita]

Munirah Sedek

2 comments: