IKLAN

Friday, 12 August 2011

JIRAN OH JIRAN...

Assalammualaikum n Slm Sejahtera,

Amboi2..ni mesti korang ingat ummi nak buat sesi ngumpat jiran yer...hehehe.Takde laaa...sebenarnya ummi nak citer hal jiran2 ni bukan apa sebab cuba korang perhatikan sekeliling kita ni konsep kejiranan tu dah semakin terhakis.Betul tak?Bukan kata orang lain jerla,kita sendiri ni pun ada juga yang tak amik peduli pasal jiran..


Hatta,kalau jiran sebelah rumah tu dah meninggal pun ada orang tak tau.Banyak orang sekarang tak tau macam mana konsep kejiranan ni dan macam mana nak melayan jiran kalau ikut garis panduan Islam.Sebenarnya Nabi Muhammad junjungan kita pun banyak bercerita pasal hak2 jiran ni.Sebelum nak tau apa hak2 jiran tu,kita kena tau konsep jiran dalam konteks Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"...ingatlah bahawa 40 rumah (di sekitar kediaman kamu) adalah
merupakan jiran tetanggamu dan tiada akan masuk syurga orang yang mana 
tetangganya berasa takut(tidak aman) akan kejahatannya"

(diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ka'ab bin Malik)

Haaa...daripada hadis di atas pun dah menunjukkan betapa Nabi sangat mementingkan kejiranan ni sampaikan boleh tak masuk syurga kalau kita buat jahat dengan jiran.Jadi,lepas ni tak mo lah yer jahat2 dengan jiran ok.Biar orang jahat dengan kita jangan kita buat jahat dengan orang sebab Allah tu kan ada untuk membalasnya :)
Dalam hadis seterusnya Nabi Muhammad ada menerangkan bagaimana kita patut melayan jiran dan apa hak2 jiran yang kita sebagai umat Islam kena tau.Yerlaa,mana tau kot2 nanti kita termakan pulak hak jiran kan dah haru dibuatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Hak jiran ialah apabila dia sakit,kamu kunjungi dan apabila wafat kamu menghantarkan jenazahnya.Apabila dia memerlukan wang kamu pinjamkan dan apabila dia mengalami kemiskinan(kesukaran)kamu rahsiakan.Apabila dia memperolehi kebaikan kamu mengucapkan selamat kepadanya danapabila jiran mengalami musibah kamu datang untuk menyampaikan rasa duka.Janganlah meninggikanbangunan rumahmu melebihi bangunan rumahnya yang dapat menutup tiupan angin baginya dan jangan mengganggunya dengan bau masak kecuali kamu mencedok sebahagian untuk diberikan kepadanya."

Wah2..banyaknya hak2 jiran kan.Ummi pun baru tau lepas baca buku yang jadi sumber rujukan ni.Syukur alhamdulillah,semoga kita semua mendapat manfaat lepas berkongsi ilmu ni kan.Kalau pun tak dapat buat semua,dapat amalkan sebahagian pun dah syukur.Selamat beramal dan selamat berpuasa semua!



3 comments:

  1. alamak...siyes tak berapa kenal jiran-jiran...

    patut la macam2 malapetaka menimpa kita...

    ReplyDelete
  2. Gadisbunga :
    haaa...kenal lah mula kenal jiran2 tu..takper,better late than never.

    ReplyDelete
  3. minimal inget wajahnya... perbanyak doainnya

    ReplyDelete