Blog ini tiada unsur2 serius.Blog ini cuma blog santai2.Blog ini tiada sisipan peribadi.Blog ini blog saya.
IKLAN
Saturday, 13 August 2011
CERITA SEKUNTUM BUNGA
Asslamualaikum n Salam Sejahtera,
Ada sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin,adalah kira2 dalam 8 tahun camtu.Satu hari ni,semasa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja mereka melintasi sebuah kedai bunga yang pernah menjadi tempat di mana si suami belikan bunga untuk si isteri tatkala mereka dalam alam percintaan.Tetiba si isteri bertanya kepada suami nya :
"Kenapa sekarang abang dah tak belikan bunga untuk saya macam dulu2?".
Mendengarkan soalan itu,si suami tergelak.Si isteri pulak kehairanan,yerlaa..orang serius dia gelak pulak kan.Apabila melihatkan isteri kesayangannya bersungguh nakkan jawapan,si suami menjawab secara bergurau, adakah bunga itu lebih bermakna daripada kasihsayangnya atau daripada dirinya sendiri?.Si isteri terdiam dan hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Kemudian si suami mengajak isteri breakfast kat kedai makan berdekatan.Sementara menunggu,tanpa diduga si suami tetiba membuat sedikit ulasan daripada kata2 nya tadi;
"Wanita selalu ingin hidup dalam mimpi,ketika lelaki sudah lama terjaga daripada mimpi itu.Bagi lelaki,meneruskan percintaan dalam sebuah perkahwinan bukan lagi perkara utama.Ia hanya sebagai penyeri saja.Ada perkara lebih bermakna daripada sekuntum bunga untuk dijadikan lambang kasihsayang".
Akhirnya,si isteri faham yang cinta si suami kepadanya lebih daripada sejambak bunga.Memang waktu dalam alam percintaan,kita tak terikat dengan tanggungjawab sebenar.Tapi,perkahwinan adalah dunia sebenar.Mimpi2 sudah pun menjadi realiti.Tanggungjawab yang wujud selari dengan perkahwinan itu yang lebih penting untuk dimeterai.
Cerita sekuntum bunga,jadikanlah ia memori manis buat kita.Bunga memang mampu menyemarakan cinta,tetapi cinta sebenar ada di dalam hati untuk dipupuk dan disemarakkan.Selamat Berpuasa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cinta yang tulus, jauh lebih indah dari kado apapun di dunia ini... ^^
ReplyDelete