IKLAN

Wednesday, 10 August 2011

Perkahwinan Bukan Perlu Cinta Saja...

Assalamualaikum n Salam sejahtera semua...

(Lama tak meng-update-kan entry kat blog ni..huhu...Dah bersawang dan berdebu2 dah blog ni kan hehe..Sori laa korang2 suma...Jangan marah naaa...)

Kenapa sekarang ni begitu banyak kes perceraian??Kalau mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku 1 perceraian pada setiap 15 mnt di kalangan umat Islam kat Malaysia.



Padahal kalau nak dikatakan kebanyakkan pasangan sekarang kawen atas dasar cinta,bukannya macam zaman nenek datuk kita dulu2 pasangan ditentukan oleh makbapak.Bukannya nak kata apalah,kalau tengok pasangan yang kawen sekarang ada yang masih muda belia lagi.Kadang2 ada juga yang kawen sebab terpaksa,yalah dah termengandung dulu,terpaksa la kawen kan.Kadang2 terfikir dorang ni faham ke tak apa sebenarnya erti perkahwinan ni.Nak kawen ni bukannya sekadar perlu cinta saja,tapi tanggungjawab tu yang paling utama.Teringat dialog dalam sebuah drama tu yang bunyinya lebih kurang camni:

'Lelaki yang punya cinta akan punya rasa tanggungjawab,tetapi lelaki yang tidak bertanggungjawab hanya ada keinginan(nafsu)'

Pada sesapa yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan tu,fahamla dulu betul2 tanggungjawab dalam perkahwinan tu.Perkahwinan ni tak bolehla harapkanbelah suami atau isteri jer ianya perlukan usaha dua pihak iaitu suami dan isteri,jadi kena taulah apa tanggungjawab bersama suami isteri ni.Mai sini nak kongsi :

Tanggunjawab bersama (suami/isteri)

1.bersama2 mewujudkan dan mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kedua2 belah keluarga.
2.sama2 memberi layanan,pergaulan yang baik,kasih sayang dan belas kasihan dalam rumahtangga.
3.sama2 memberi dan menikmati kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina.
4.mereka sama2 menjaga,mendidik,me,beri bimbingan dan nasihat kepada anak2 (yang ni bukan tanggungjwb isteri sorang saja k)
5.setiap suami isteri berhak untuk mempusakai harta peninggalan jika salah seoarng daripd mereka meninggal.





9 comments:

  1. jgn gatai nk kawin je.. tp tanggungjawab tak tau...

    ReplyDelete
  2. Green Apple :
    ramai yg cmtu,teruja nak kawen jer,tnggungjwb ntah kemana

    ReplyDelete
  3. dalam perkahwinan semua penting. kalau kurang salah satu, rumahtangga mungkin boleh bergelora.. tapi dalam dunia ini tiada yang sempurna..

    terimalah kelebihan dan kekurangan masing2.. ^^

    tanggungjawab juga penting.

    ReplyDelete
  4. ketam_batu :
    yup..suami isteri saling memerlukan..

    ReplyDelete
  5. kadang2 bercinta 10 tahun...tapi kahwin setahun lepas tu cerai...

    ReplyDelete
  6. op anaz :
    mmg ada yg camtu,brcinta kan main lama.tapi nikah nyer tk smpai setahun sbbnya dah jemu kot...

    ReplyDelete
  7. kahwin tu kena piki betul2..bukan untk sehari dua jer...bukan untk seronok2 jer....pas ada ank..dh pikir terkongkong le..mcm2 lagi ler..apa2 pun kpd yg dh berkeluarga....amalkan amalan2 Islam dlm kehidupan seharian.insyaallah hidup bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  8. kahwinlah klu dh betul2 bersedia..huhu

    ReplyDelete