IKLAN

Friday, 24 June 2011

Info Kesihatan : Katarak


Pernah dengar tak penyakit katarak?Bagi sesiapa yang tau katarak ni sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya tidak dikesan awal dan dirawat.







Masalah katarak berbeza dengan Glaukoma ; iatu sejenis kerosakan mata disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dlm bebola mata.
Golongan yang berisiko tinggi untuk dapat penyakit katarak ini :

*pesakit kencing manis yang tidak mengawal pemakanan nya.
*orang dewasa berusia 60 thn ke atas.
*kanak2 dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi.Ini ada kaitan sekiranya si ibu menghidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

Tanda2 penyakit katarak pulak :

*penglihatan semakin kabur
*Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas
*kerap menukar cermin mata kerana penglihatan tidak jelas
*selaput putih pada anak mata
*merasa silau terhadap cahaya matahari

Sekira nya korang ada kena tanda2 mcm senarai kat atas ni,cepat2 lah berjumpa dokotor untuk pemeriksaan mata kalau taknak kehilangan penglihatan.Katarak hanya boleh dirawat dengan pembedahan yang mengambil masa 30-40 minit.Sewaktu pembedahan,kanta asal akan dibuang dan diganti dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan semula.

[sumber dari majalah Mingguan Wanita]

2 comments:

  1. alamak. saya silau!

    tanda-tandakah?

    ReplyDelete
  2. gb:
    erkk!!tu kena check kt dokter
    tp mungkin juga cuma rabun biasa :)
    ummi pun rabun hehe

    ReplyDelete