Meh kite nak kongsi tips2 pemakanan sihat khas untuk ibu2 mengandung.Bukan apa,masa kite sendiri mengandung dulu pun tak tau pebenda nak dimakan.Maka,makan la apa je walaupun tau ada kencing manis..hikhik..mana la tuan dokter tak marah :)
Artikel ni kite amik sumber nya dari majalah mingguan wanita.
Terdapat beberapa zat makanan penting yang harus dimabil oleh ibu2 yang mengandung.Kena pastikan bakal ibu2 masukkan khasiat ini dalam menu pemakanan
KALSIUM
haa..yg ni penting untuk perkembangan sihat tulang dan gigi bayi anda yang mula membentuk kira2 minggu ke-8.kena ambil kira2 dua kali ganda berbanding biasa.
Sumber2 : keju,susu,dadih dan sayuran hijau.
PROTEIN
yang ni sangat2 diperlukan semasa mengandung untuk perkembangan bayi yang sihat.bagaimanapun,elakkan pengambilan telur separuh masak dan pilihlah telur segar ye..
Sumber : ikan,daging,kekacang dan hasil tenusu.
VITAMIN C
khasiat yang ni membantu membina plasenta yang kuat,meningkatkan daya tahan badan dari jangkitan penyakit dan membantu penyerapan ferum.bekalan vitamin ni diperlukan setiap hari kerana zat makanan ini tak dapat disimpan dlm badan.
Sumber2 : buah2 an dan sayuran segar.
SERAT
Ini diperlukan dalam jumlah besar dalam diet harian ibu hamil kerana ia mengelakkan sembelit yang biasa terjadi ketika hamil.oleh itu,ambil banyak serat lagi bagus
Sumber2 : kekacang,kismis,aprikot kering,roti serat tinggi,pasta gandum penuh,rasberi,daun bawang,kucai dan juga buah2 serta sayuran.
ASID FOLIK
Bahan yang ni perlu untuk perkembangan sistem saraf utama bayi terutama dlm beberapa minggu yang pertama.Badan kita tak dapat menyimpan nutrien ini malah semasa hamil ia dikelurkan dlm jumlah yang lebih banyak.oleh itu pastikan ambil setiap hari nutrien ini.
Sumber2 : bayam,brokoli dan kacang tanah(bila memasak nya jgn terlalu lama kerana bnyk vitamin yg akan hilang,seeloknya dimakan mentah)
FERUM
Bayi perlu membina bekalan ferum terutama nya selepas dilahirkan.Darah tambahan yg dihasilkan oleh badan anda memerlukan ferum untuk mengangkut oksigen.
Sumber2 : kekacang dan buah kering.
*******
Harap2 info ini berguna untuk insan2 yang bakal bergelar ibu yer...
ibu mengandung perlu pemakanan berkhasiat selain penjagaan kesihatan diri..info terbaiklah
ReplyDeleteorangmuo:
ReplyDeletetq
sharing is caring maaaa :)