IKLAN

Monday, 6 June 2011

Surat terbuka untuk suami : luahan hati isteri

Assalamualaikum w.b.t

Wahai suami apabila aku muncul dalam hidup mu untuk memulai satu penghidupan baru sebagai isteri mu maka sayangilah aku sepenuhnya kerana kasih sayang mu ibarat penyuntik semangat yang bisa meleburkan segala sangsi curiga ku.Tunjukkan lah cinta mu mu dengan belaian kasih sayang.
Wahai suami jika kau menemukan kekurangan pada layanan ku terhadap mu maka nasihati lah aku dengan hemah.Jangan lah kau kasari perasaan lembut ku ini dengan kata2 yang menghina kerana di situ lah letak nya penghormatan ku pada mu.
Wahai suami apabila kau mulai curiga pada ku jangan lah kau simpan di sanubarimu.tanya kan saja pada ku dan lihat lah dalam2 ke mata isterimu ini maka kau akan lihat sinar cinta ku yang tak pernah padam.
Wahai suami jika suatu hari nanti tiada lagi rasa cinta mu pada ku maka aku pinta jangan la kau seksa hidupku.Lepas kan aku dengan rasa hormat kerana itu lah sahaja yang tinggal antara kita.
dan akhir nya wahai suami sambut lah cinta ku ini untuk kita mula kan hidup baru kita.Pegang lah cinta ku seteguhnya sehingga satu masa nanti pabila tiba masa untuk berpisah.Doa ku pabila kita berpisah nanti cuma jasad yang terpisah bukan hati kita.

No comments:

Post a Comment