IKLAN

Wednesday, 13 July 2011

..Manusia Semakin Kejam..!!

Bila tengok berita kat tv atau belek2 suratkhabar sekarang penuh dengan cerita dera,bunuh,buang bayi,rompak dan macam2 la cerita ngeri.Dari awal tahun sampai bulan 7 ni,gamak nya dah berapa banyak kes2 yang kadang2 rasa nya cam tak masuk akal.Makbapak sanggup dera dan bunuh anak sendiri.Mana dah hilang sifat kasih sayang mak bapa pada anak2.Betul lah manusia sekarang dah makin hilang sifat kasihsayang,perikemanusiaan dan makin kejam!!!Geram nya bila fikirkan manusia2 camni wujud,

[Petikan dari HMetro]
JOHOR BAHRU: “Macam mana entah aku kena sedangkan aku selalu bekerja di luar,” kata Norafizan Ludin, 29, ketika dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, pagi semalam selepas dia dan isteri keduanya dituduh membunuh darah dagingnya sendiri, selain mendera dua lagi anak hasil perkahwinan pertama.
Norafizan dan Dewi Nadia Alias, 24, didakwa membunuh Nur Dania Qistina, berusia tiga tahun di rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram.

[Petikan berita harian]
ULU TIRAM: Sekurang-kurangnya selepas ini masa depannya terjamin selain kami tidak perlu mendengar bunyi tangisan dan jeritan meminta tolong kanak-kanak perempuan itu, kata jiran seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai mangsa dera ahli keluarganya, semalam.Wanita itu yang dikenali sebagai Aileen berusia 40-an berkata, dia yang tinggal berhampiran kediaman mangsa di Taman Puteri Wangsa, di sini, kerap terdengar jeritan mangsa, Shatini, 12, terutama pada waktu malam sejak beberapa tahun lalu.Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berlaku ketika kanak-kanak itu tinggal berjauhan dengan keluarga kerana bersekolah di tahun empat di Butterworth, Pulau Pinang lebih setahun lalu.


[Petikan Berita Harian]
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu. Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.


Itu hanyalah sebahagian kecil dari kes2 yang telah berlaku pada tahun ni,banyak lagi kes yang lebih teruk dan dahsyat.Kadang2 Ummi rasa cam takut pula nak keluar rumah bila dah terbaca cerita2 camni.Ngeri rasa nya bila fikirkan ada manusia berhati kejam kat luar sana yang hidup di kalangan kita.


Tolonglah hentikan kekejaman ini!!!



3 comments:

  1. penyakit jiwa dah jadi sebahagian dair hidup manusia sekarang, kan>?

    ReplyDelete
  2. tiap hari ada je jenayah.. -..- hmm

    ReplyDelete
  3. ke mana hilangnya, kasih manusia

    ReplyDelete