IKLAN

Monday, 15 August 2011

Tips Untuk Ibu Bakal Bersalin

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

Apa khabar korang semua?Posa tak ni?Harap2 bukan posa yang2 yok pulang rumah buka periuk lak..hehe..ok jangan marah,Ummi gurau2 jer di hulan posa ni hokeeyy.Kali ni Ummi nak kongsi2 la pengalaman Ummi sendiri sebagai ibu terutama dengan ibu2 yang bakal melahirkan anak sulung.


Bukan apa,macam Ummi dulu takder pengalaman dan tak tau sangat macam mana nak tau tanda2 orang nak bersalin ni.Tak tau camner nak bezakan antara 'false alarm' dengan tanda kelahiran yang sebenar sampaikan 2-3 kali jugakla ulang alik ke hospital.Ok,kalau nak tau tanda2 kelahiran ni ada 5 ;

1.Kontraksi 
 Sakitnya bermula dari bahagian belakang tubuh dan beralih ke hadapan dan bahagian atas paha.Kesakitan     makin kuat dirasai waktu saat kelahiran makin dekat.

2.Sakit Belakang
 Sakit yang ni salah satu tanda yang kita akan bersalin.Rasa sakitnya tu sama macam seperti senggugut.

3.Pendarahan
Beberapa jam sebelum bersalin kebiasaannya akan keluar darah bercampur lendir.Ia nya keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban keluar dari lapisannya.

4.Pecah ketuban
Kalau air ketuban dah pecah ia menandakan kita akan melalui proses awal kelahiran atau sudah berada dalam proses itu.Selepas tu sakit kontraksi akan menjadi lebih kuat.Tapi tak semestinya air ketuban pecah kita akan bersalin dalam tempoh terdekat.Dan kadang2 kalau sakit dan terlalu kuat atau kita ada komplikasi seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi,air ketuban terpaksa dipecahkan oleh doktor untuk mempercepatkan kelahiran.

5.Pembukaan pintu rahim
 Ketika proses kelahiran,servik wanita akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa.Servik juga sedikit2 akan terbuka bagi menampung saiz kepala bayi.

Walaupun proses kelahiran ni amat menyakitkan,Ummi tak tipu memang sakit hokeyy..tapi setelah korang melalui semua proses ni dan bila bayi korang diletakkan kat dalam pangkuan.Korang akan rasa bahagia sangat2 dan rasa semua kesakitan tu berbaloi bila tengok muka bayi yang mulus tu.

No comments:

Post a Comment