IKLAN

Saturday, 20 August 2011

Info Minyak Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua?Entry kali ni Ummi nak kongsi pasal minyak wangi.Yelah,kan dah nak raya,selalunya masa2 camni ramai yang akan mula mencari2 minyak wangi yang sesuai dengan diri mereka.Maklumlah nak pegi bertandang ke rumah orang kena la wangi2,lebih2 lagi kalau nak ke rumah awek/balak kan..hehe.


Terdapat banyak jenis wangian dipasaran dengan pelbagai jenis aroma yang boleh menjadi pilihan korang contohnya macam :

Ekstrak parfum
bahan asasnya terdiri daripada aroma semulajadi yang diekstrak dari tumbuhan,rempah,buah,bunga dan sebagainya.Ia mampu bertahan lebih kurang 12 jam.

Eau de parfum
mengandungi 15%-22% ekstrak aroma.Ia boleh bertahan selama 4-6 jam.

Eau de toilette
mengandungi 8%-15% ekstrak aroma.Hanya bertahan lebih kurang 3-4 jam.

Eau de cologne
hanya ada 4% ekstrak aroma,daya tahan pun tak lama 2-3 jam saja.Body spray dan body splash adalah termasuk dalam kategori ni.Kalau nak lebih berkesan ia sepatutnya disembur terus ke kulit.

Terdapat beberapa kelompok aroma yang mana di ekstrak secara semulajadi atau pun buatan :

Bunga
Ia campuran dari bunga-bungaan seperti mawar,melati atau anggerik.Sesuai untuk yang feminin.

Woody
Wangian ini ada unsur sandalwood,cedar dan patchouli.Sesuai untuk lelaki yang maskulin.

Oriental
Mengandungi paduan dari bau vanilla,kayu-kayan,rempah dan bungaan.Baunya bersifat lebih hangat dan sensual.

Spicy
Aromanya mirip oriental namun lebih tajam.Ia mengandungi rempah2

Chypre
Campuran dari aroma tumbuh2an,lumut dan lemak haiwan,contohnya musk.Ia bersifat lebih seksi,menggoda.





1 comment: