Alhamdullilah kita dah masuk hari yang ke-24 di bulan puasa.Syukurlah masih dipanjangkan umur untuk bernafas lagi di hari ini.Harapnya semua kawan2 Ummi masih lagi bersemangat untuk berpuasa yer.Ok,bercakap pasal tajuk entri hari ni,yupp sekarang ucapan terima kasih makin kurang didengari kan.
'TERIMA KASIH'
Dua perkataan yang ringkas tapi sangat bererti dan mampu membuat hati seseorang tu merasa lebih dihargai.Mungkin kita rasa ianya tak penting,namun bagi seseorang itu kadang2 ucapan terima kasih itu sudah memadai Kadang2,kita terlupa nak memberi ucapan ini kepada orang di sekeliling kita.Walaupun orang itu membuat sesuatu kebaikan yang kecil atau besar kepada kita,ucaplah terima kasih.Ucaplah terima kasih pada orang yang memberi perkhidmatan kepada kita tak kisahlah siapa.Dan paling penting ucaplah terima kasih pada orang tersayang kita,ibu atau isteri yang susah payah memasak untuk kita berbuka dan sahur.Juga untuk suami atau bapa yang bekerja keras untuk memastikan ada makanan yang terhidang di atas meja makan.
Selamat berpuasa!
Terima Kasih dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri :)
ReplyDelete